Thank u for visiting me today..Anak ayam sakit gigi..Datang le lagii..

Monday, August 23, 2010

5 Roses - sweet n captivating

Assalamualaikum.

Salam ceria di hari ke 13 Ramadhan.
that reminds me..adehh..bila la nak start wat biskut raya ni..
hmm..esok? lusa? huhu..payah sgt nak masuk gear ni..

Hari ni nak share my 5-roses collection yg sikit ni.
Pada aku, certain collection tu tak perlu nak dptkan sampai complete dinnerset ke hape.
cukup dpt the teaset, dan a few little pieces 
nak bagi rasa seronok je.

Gambar pembuka cerita..sepasang cawan bentuk maharani
yg dibeli dari Wan Penang.

teaset yg simple. Ada 1 teko bulat, 1 creamer,
5 set cawan mulut lebar dan 1 set cawan maharani.
Teko tu beli dari Eija, cawan2 ml dan creamer beli dari k.fuziah.
Cwn maharani tu dapat dari Wan.


2 jenis cawan yg berbeza. Maharani dan mulut lebar.

4 ketoi soup bowl. Juga dpt dari k.fuziah.

Beberapa pieces piring mungkum, piring sos dan cereal bowl.
Piring2 tu dari Wan Penang dan cereal bowls dari k.fuziah.

close-up bunga 5-roses ni. Cantek...mengguda...

Ini la dia koleksi 5-roses ku yg tak seberapa.
Kalau dpt platter dia, best gak kan..

Sampai sini dulu.
Jumpa lagi.
Wassalam.

Tuesday, August 17, 2010

Pelita vintage - Sailboat brand

Assalamualaikum dan salam ceria..

Dok pikiaq apa nak share ngan uol ari ni,
nak kuar kan cawan pinggan sumer, rasa malas bebenor.
Iya lah, nak punggah keluar, kasik posing
lepas tu kemas balik..adehh..tak koser la pulak rasanya..

tetiba teringat kat koleksi pelita aku ni,
dah lama jugak tertunggak N3 nya
So, amek nombor la depa ni sumer ari ni.

Ini koleksi pelita jenama Sailboat, buatan Hong Kong.
Mungkin keluaran 50'an atau 60'an...tak tau la aku..
bak kata omputeh, 
your guess is as good as mine..hehe..

Ada beberapa ketoi,
dari yg paling besor, sampai yg paling kecik dlm family Sailboat ni.


Jom tengok each item.

Ini yg paling besar dlm my collection, tinggi dlm 15".
Hasil rembatan di Amcorp Mall beberapa bulan lepas.

Ni twin sisters..tah camner leh terbeli 2 pulak..hehe.
Beli dari Liacanteq.
tinggi dlm 8" kot..

Yang ni tinggi sket dari the twins tadi,
bulat kat bhgn bawah, dan berkaki.

Ini yg paling cantek pada mata aku..
siap bertopi
antara yg paling mahal dlm koleksi ni, selepas yg paling tinggi tu.
ini rupa dia tanpa topi.

Dan yg terakhir, yg paling cenonit.
Tinggi dlm 5". 
Bahagian kaki pelita comei ni lain dari yg lain2 tu.
meh zoom sket..

Ini chop mohor pelita jenama Sailboat ni.
"U.K. REGISTERED DESIGN NO 902452
MADE IN HONG KONG
SAIL BOAT BRAND"

Mungkin ada yg kata,
ni hobby yg membazir
tapi pada aku, ini satu pelaburan.
Satu ari nanti, bila aku dah boring dgn bendalah ni sumer,
aku jual la.
barangan vintage macam ni,
harga makin lama makin naik....

Jumpa lagi. Bye.
Wassalam.

Saturday, August 14, 2010

Pretty in Pink

Assalamualaikum dan salam Ramadhan.

Nengok title tu, teringat kat Molly Ringwald.
Sape tu, korang tanya..
ala..pelakon omputeh, dia berlakun pelem, tajuk citer nya 'Pretty in Pink' le. 
citer lama, taon 80'an dulu. 
Tapi yg aku suka kat si Molly ni, masa dia berlakun sitcom 'Facts of Life'.
zaman aku muda rumaja dulu, sitcom ni antara yg terkenal le..hehe

OK, puas melalut, back to apa yg aku nak share ngan uols ari ni.
A very small collection of Meakin Rosa series.
Yg aku ada cuma the teaset, 
tu pun hok yg biasa je.
tingin sgt nak dptkan the Cinderella set..
tah bila nak ada rezeki..
weeiiii...koling-koling saper2 yg nak huluq kat aku
teaset cinderella rosa..

teapot tu, mcam yg uol leh tengok,
bukanlah dari species Meakin Rosa, ya.
tapi made in Japan punya.
gemuk al debabs wal tembun...hehe..

creamer lak dari kay ell..goh ban huat..

yg lelain tu, sah-sah meakin rosa le.

ada lagi beberapa ciput barang rosa ni..

platter tu rasanya 12" kot ..
pinggan makan ada 3 ketoi, yg paling kanan cinderella
yg tu satu je cinderella yg aku ada..sedih tul..

Antara 4 series Meakin ni ,
set Rosa le yg paling sikit yg aku ada.
at da moment, tak de rasa nak tambah
jadik full dinner set ke hape,
masalah penempatan yg teramat serius..
tp kalu jumpa cinderella teaset, 
aku akan buat-buat lupa masalah penempatan ni..ahaks..

Okkie-dokkie..nak sign-off dulu.
ari ni nak masak apa gamaknya tuk bukak pose ni.
Laki aku kata nak carik itik, wat kari ke rendang ke..
tapi , boleh kah itik dijumpai 
dlm keadaan kita tengah zzzzzzz.....
hmm alahai...

Wassalam.

Tuesday, August 10, 2010

Ramadhan Mubarak to all

Assalamualaikum..


Selamat menyambut bulan Ramadhan yg mulia
diucapkan kepada semua sahabat cyber
dan pengunjung blog rafidahms.blogspot.com

Juga saya mengambil kesempatan ini untuk
memohon ampun dan maaf atas segala kesilapan dan kesalahan
semoga kita dapat menjalani ibadah puasa dengan sebaiknya dan seikhlasnya.

Ramadhan Mubarak.

Thursday, August 5, 2010

Corningware

Assalamualaikum.
Apa kabar semua? Lama tak sembang ngan uols.
Baru lepas pekena nasi lemak, mata pun kuyu dan layu...
tapi ku gigih jua menghapdet blog.
Naper? Sbb semenjak 2 menjak ni, asek ternampak bro sharif mengN3
set-set casseroles jenama pyrex/corning dari US.
So aku pon rasa terpanggil nak share my own collection.

Set casseroles ni aku beli jaman-jaman
aku bergelar student kat Carleton Uni, Ottawa, Canada.
Lama dah..taon2 80'an dulu.
Gamaknya korang ada yg masih in diapers lagi kot waktu tu..hehe..
Kiranya ni bukan la vintage collection kan, baru berumur dlm 22 tahun gitu.
Tak ingat samada aku beli di Ottawa itself atau pon gi jenjalan ke border US/Canada,
shopping2 sbb kat situ corningware ni murah jek..
waktu tu mana de duit sgt kan, tapi kan murah sgt casseroles ni masa tu,
sebijik cuma beberapa belas dollar atau 2 atau 3 puluh dollar jek..
Casseroles ni made in USA.
meh layan piccas casseroles aku ni..

Yg atas ni, yg paling besaq, square 10" , tinggi 4".

Motif design ni dipanggil 'Pastel Bouquet', kalau tak silap.
Dah lama kan aku beli ni, ingat2 lupa je nama dia.
Bunga ni, spt nama dia, mmg very soft pastel colour.
tapi aku suka, sweet sangat..

Casserole yg seterusnya, square 10" , tinggi 2".
Kiranya dia sama lebar ngan yg atas tu, tapi tinggi half of it.

The next 2 casseroles ni takde tutup,
and aku guna for daily use, sbb depa ni size just nice tuk letak lauk2 centu..
Ekceli, yg belah kanan tu, ada penutup nya dulu,
plastic, tapi dah missing in action. Puas carik, tak jumpa gak.
Yg belah kiri tu plak, tak perasan ada ke tak penutup nya,
sbb dah lama tak berpenutup, so tak sure mmg ada atau pun missing gak.

Yg kat ats tu, is the 5th one, square 7", tinggi 3".

Ni saja aku letak satu picca frying pan.
Sbb ni topic Corningware kan, and pan ni pon Corning gak,
so aku kasik dia enterprem kat sini.
Walaupon pan ni made in France, tapi still family corning gak.
Aku beli pan ni pon masa study kat Canada dulu,
bawak balik Mesia masa aku habis blajar dulu,
sampai skarang , aku tak penah guna sekali pon pan ni.
Berat sehh..leceh.
Ada lagi a few pots Vision Corningware aku beli dulu,
pon tak brapa pakai.  Sgt la leceh sbb berat. Tak practical langsung.
Aku ni kan a practical person..haha..
Tapi kan, ada satu Vision pot size besar, 4.5 liter,
Aku notice dia hilang, lepas maid indon aku balik
tak tau la dia tapau balik sana, atau pon pecah waktu dia keje ngan aku.
Dulu aku mana kesah bebarang kat dapur aku..
tak perasan mana tak de, mana pecah.
Maid tu, kalau pecahkan pape, dia dendiam je..
hmmmm...

Ok sampai sini dulu,
jumpa lagi kengkawan..
Wassalam.