Thank u for visiting me today..Anak ayam sakit gigi..Datang le lagii..

Wednesday, October 13, 2010

Pareek by Johnson Bros

Assalamualaikum.
Jap ye..
jangan masuk lagi..
nak vacuum umah ni japp..buang sawang2 semua..
baca2 sikit apa yg patut..
maklum la ..umah dah tinggal lama..
kot2 ada hantu cyber dok bertenggek bagai..

ok..setel..
--------------------- masuk le..------------------

apa habaq uols?
ada rindu ka..hehe..poyo je tuan umah ni kan.
mood baru nak mai ni, so cepat2 ku posing kan koleksi Pareek ku..
ciput je koleksi ni,
cuma ada 6 set cawan dan 1 biji platter.
teko tak de, piring pinggan sumer tatau ke mana.
tapi sbb suker tengok motif roses ni, plus shape platter tu agak unik,
so aku rembat gak la.
ni beli dr k.fuziah...bila ekk..lama jugak dah beli ni, bulan 5 ari tu rasanya.

'Pareek' by Johnson Brothers....layannn...



6 set cawan yatim piatu, tak de mak teko..
takpa..leh amek mak angkat, teko Meakin Jade...



Platter with an interesting shape..
sori le , gambar sgt tak memuaskan..
maklum le ..camera cap kambing..bek..bek..
platter ni warnanya hijau, tapi nampak cam kuning je kan..

and, cop mohor diraja..hehe..


Okay...
sampai sini dulu..jumpa lagi..
wassalam.

Wednesday, September 1, 2010

JG Meakin Sunshine - Garden of Flowers

Assalamualaikum.
Apa khabar uols?
Lama sungguh tak wat entry kan..lebih seminggu.
Sok-sok kalau raya, mau sampai berminggu haku tak hapdet blog..
Nak kata sebok bebenor, kukis raya seketoi pon aku tak buat lagi.
cuma semalam aku buat cheese cake..kes teringin sgt..
philly cream cheese pon nak sampai tahap ujung nyawa,
so seblum dia expired, buat le ciskek..

+ + +
Dalam bulan June lalu, aku ada wat entry on  my Sunshine collection.
Boleh tengok sini utk n3 tu..
Antara koleksi waktu tu, aku ada tureen ni, motif bunga dia kalau tak silap,
nama dia Garden of Flowers..(correct me if i'm wrong).

Tureen ni dibeli dari k.fuziah (mamaheritage blogspot).
Beli awal bulan May this year, antara my earliest collection.
(i ni baru je mula hobi mengumpul pinggan mangkuk dan pelita lama ni
bulan May tahun ni yg sebenornya..)

Masa tu, untuk motif bunga ni, memang ada tureen ni je la.

Lepas tu, Taj pulak ada jual dia punya sugar pot. 
Beli plak dgn Taj..


Then 2 minggu lepas, masa sesi merayau kat Amcorp Mall,
terjumpa kaum kerabat dia..
dijual oleh Ms Shanti..
tak sangka pulak..
so apa lagi, merembat le aku dgn jaya nya..
Ini la dia ..
Sebiji platter dan 6 ketoi piring mungkum.


(Masih menyimpan keinginan tuk dapatkan teaset bermotifkan bunga yg sama..huhu..)

tak paa..pelan-pelan kayuh..
ada rezeki , leh jumpa sanak sedara yg lain plak..hehe..

Jom layan kaum kerabat Garden of Flowers yg aku ada ni.


The rest of my Sunshine collection.
(gambar dalam n3 yg dulu, ditepek semula )


Sekian dulu. Harap uol enjoy cuci-cuci mater di sini.
Jumpa lagi, InsyaAllah.
Wassalam.

Monday, August 23, 2010

5 Roses - sweet n captivating

Assalamualaikum.

Salam ceria di hari ke 13 Ramadhan.
that reminds me..adehh..bila la nak start wat biskut raya ni..
hmm..esok? lusa? huhu..payah sgt nak masuk gear ni..

Hari ni nak share my 5-roses collection yg sikit ni.
Pada aku, certain collection tu tak perlu nak dptkan sampai complete dinnerset ke hape.
cukup dpt the teaset, dan a few little pieces 
nak bagi rasa seronok je.

Gambar pembuka cerita..sepasang cawan bentuk maharani
yg dibeli dari Wan Penang.

teaset yg simple. Ada 1 teko bulat, 1 creamer,
5 set cawan mulut lebar dan 1 set cawan maharani.
Teko tu beli dari Eija, cawan2 ml dan creamer beli dari k.fuziah.
Cwn maharani tu dapat dari Wan.


2 jenis cawan yg berbeza. Maharani dan mulut lebar.

4 ketoi soup bowl. Juga dpt dari k.fuziah.

Beberapa pieces piring mungkum, piring sos dan cereal bowl.
Piring2 tu dari Wan Penang dan cereal bowls dari k.fuziah.

close-up bunga 5-roses ni. Cantek...mengguda...

Ini la dia koleksi 5-roses ku yg tak seberapa.
Kalau dpt platter dia, best gak kan..

Sampai sini dulu.
Jumpa lagi.
Wassalam.

Tuesday, August 17, 2010

Pelita vintage - Sailboat brand

Assalamualaikum dan salam ceria..

Dok pikiaq apa nak share ngan uol ari ni,
nak kuar kan cawan pinggan sumer, rasa malas bebenor.
Iya lah, nak punggah keluar, kasik posing
lepas tu kemas balik..adehh..tak koser la pulak rasanya..

tetiba teringat kat koleksi pelita aku ni,
dah lama jugak tertunggak N3 nya
So, amek nombor la depa ni sumer ari ni.

Ini koleksi pelita jenama Sailboat, buatan Hong Kong.
Mungkin keluaran 50'an atau 60'an...tak tau la aku..
bak kata omputeh, 
your guess is as good as mine..hehe..

Ada beberapa ketoi,
dari yg paling besor, sampai yg paling kecik dlm family Sailboat ni.


Jom tengok each item.

Ini yg paling besar dlm my collection, tinggi dlm 15".
Hasil rembatan di Amcorp Mall beberapa bulan lepas.

Ni twin sisters..tah camner leh terbeli 2 pulak..hehe.
Beli dari Liacanteq.
tinggi dlm 8" kot..

Yang ni tinggi sket dari the twins tadi,
bulat kat bhgn bawah, dan berkaki.

Ini yg paling cantek pada mata aku..
siap bertopi
antara yg paling mahal dlm koleksi ni, selepas yg paling tinggi tu.
ini rupa dia tanpa topi.

Dan yg terakhir, yg paling cenonit.
Tinggi dlm 5". 
Bahagian kaki pelita comei ni lain dari yg lain2 tu.
meh zoom sket..

Ini chop mohor pelita jenama Sailboat ni.
"U.K. REGISTERED DESIGN NO 902452
MADE IN HONG KONG
SAIL BOAT BRAND"

Mungkin ada yg kata,
ni hobby yg membazir
tapi pada aku, ini satu pelaburan.
Satu ari nanti, bila aku dah boring dgn bendalah ni sumer,
aku jual la.
barangan vintage macam ni,
harga makin lama makin naik....

Jumpa lagi. Bye.
Wassalam.

Saturday, August 14, 2010

Pretty in Pink

Assalamualaikum dan salam Ramadhan.

Nengok title tu, teringat kat Molly Ringwald.
Sape tu, korang tanya..
ala..pelakon omputeh, dia berlakun pelem, tajuk citer nya 'Pretty in Pink' le. 
citer lama, taon 80'an dulu. 
Tapi yg aku suka kat si Molly ni, masa dia berlakun sitcom 'Facts of Life'.
zaman aku muda rumaja dulu, sitcom ni antara yg terkenal le..hehe

OK, puas melalut, back to apa yg aku nak share ngan uols ari ni.
A very small collection of Meakin Rosa series.
Yg aku ada cuma the teaset, 
tu pun hok yg biasa je.
tingin sgt nak dptkan the Cinderella set..
tah bila nak ada rezeki..
weeiiii...koling-koling saper2 yg nak huluq kat aku
teaset cinderella rosa..

teapot tu, mcam yg uol leh tengok,
bukanlah dari species Meakin Rosa, ya.
tapi made in Japan punya.
gemuk al debabs wal tembun...hehe..

creamer lak dari kay ell..goh ban huat..

yg lelain tu, sah-sah meakin rosa le.

ada lagi beberapa ciput barang rosa ni..

platter tu rasanya 12" kot ..
pinggan makan ada 3 ketoi, yg paling kanan cinderella
yg tu satu je cinderella yg aku ada..sedih tul..

Antara 4 series Meakin ni ,
set Rosa le yg paling sikit yg aku ada.
at da moment, tak de rasa nak tambah
jadik full dinner set ke hape,
masalah penempatan yg teramat serius..
tp kalu jumpa cinderella teaset, 
aku akan buat-buat lupa masalah penempatan ni..ahaks..

Okkie-dokkie..nak sign-off dulu.
ari ni nak masak apa gamaknya tuk bukak pose ni.
Laki aku kata nak carik itik, wat kari ke rendang ke..
tapi , boleh kah itik dijumpai 
dlm keadaan kita tengah zzzzzzz.....
hmm alahai...

Wassalam.

Tuesday, August 10, 2010

Ramadhan Mubarak to all

Assalamualaikum..


Selamat menyambut bulan Ramadhan yg mulia
diucapkan kepada semua sahabat cyber
dan pengunjung blog rafidahms.blogspot.com

Juga saya mengambil kesempatan ini untuk
memohon ampun dan maaf atas segala kesilapan dan kesalahan
semoga kita dapat menjalani ibadah puasa dengan sebaiknya dan seikhlasnya.

Ramadhan Mubarak.

Thursday, August 5, 2010

Corningware

Assalamualaikum.
Apa kabar semua? Lama tak sembang ngan uols.
Baru lepas pekena nasi lemak, mata pun kuyu dan layu...
tapi ku gigih jua menghapdet blog.
Naper? Sbb semenjak 2 menjak ni, asek ternampak bro sharif mengN3
set-set casseroles jenama pyrex/corning dari US.
So aku pon rasa terpanggil nak share my own collection.

Set casseroles ni aku beli jaman-jaman
aku bergelar student kat Carleton Uni, Ottawa, Canada.
Lama dah..taon2 80'an dulu.
Gamaknya korang ada yg masih in diapers lagi kot waktu tu..hehe..
Kiranya ni bukan la vintage collection kan, baru berumur dlm 22 tahun gitu.
Tak ingat samada aku beli di Ottawa itself atau pon gi jenjalan ke border US/Canada,
shopping2 sbb kat situ corningware ni murah jek..
waktu tu mana de duit sgt kan, tapi kan murah sgt casseroles ni masa tu,
sebijik cuma beberapa belas dollar atau 2 atau 3 puluh dollar jek..
Casseroles ni made in USA.
meh layan piccas casseroles aku ni..

Yg atas ni, yg paling besaq, square 10" , tinggi 4".

Motif design ni dipanggil 'Pastel Bouquet', kalau tak silap.
Dah lama kan aku beli ni, ingat2 lupa je nama dia.
Bunga ni, spt nama dia, mmg very soft pastel colour.
tapi aku suka, sweet sangat..

Casserole yg seterusnya, square 10" , tinggi 2".
Kiranya dia sama lebar ngan yg atas tu, tapi tinggi half of it.

The next 2 casseroles ni takde tutup,
and aku guna for daily use, sbb depa ni size just nice tuk letak lauk2 centu..
Ekceli, yg belah kanan tu, ada penutup nya dulu,
plastic, tapi dah missing in action. Puas carik, tak jumpa gak.
Yg belah kiri tu plak, tak perasan ada ke tak penutup nya,
sbb dah lama tak berpenutup, so tak sure mmg ada atau pun missing gak.

Yg kat ats tu, is the 5th one, square 7", tinggi 3".

Ni saja aku letak satu picca frying pan.
Sbb ni topic Corningware kan, and pan ni pon Corning gak,
so aku kasik dia enterprem kat sini.
Walaupon pan ni made in France, tapi still family corning gak.
Aku beli pan ni pon masa study kat Canada dulu,
bawak balik Mesia masa aku habis blajar dulu,
sampai skarang , aku tak penah guna sekali pon pan ni.
Berat sehh..leceh.
Ada lagi a few pots Vision Corningware aku beli dulu,
pon tak brapa pakai.  Sgt la leceh sbb berat. Tak practical langsung.
Aku ni kan a practical person..haha..
Tapi kan, ada satu Vision pot size besar, 4.5 liter,
Aku notice dia hilang, lepas maid indon aku balik
tak tau la dia tapau balik sana, atau pon pecah waktu dia keje ngan aku.
Dulu aku mana kesah bebarang kat dapur aku..
tak perasan mana tak de, mana pecah.
Maid tu, kalau pecahkan pape, dia dendiam je..
hmmmm...

Ok sampai sini dulu,
jumpa lagi kengkawan..
Wassalam.

Wednesday, July 28, 2010

What?? another VCR entry?

Assalamualaikum to fellow bloggers and readers..

My oh my..
another VCR entry?
now..hold your horses..
and don't start rolling your eyes yet..
becoz...
*
*
ini n3 pelita antik daa...bukannya pinggan mangkuk cwn teko sumer tu..
dah lama tak wat n3 on my pelitas..(plural of pelita..geddit?)

victoria china roses..poh-ja-an hati ku..
kat pelita pon ku rembat gak.
cantek you, tak caya cer tengok kat bawah ni,
tapi kan, koleksi pelita vcr aku bukannya banyak pon,
layan je lah ekk..

Ahli mesyuarat tingkap yg pertama ni,
made in Japan. Songlap dari k.fuziah (mama heritage)
hehe..mekasih akk. 

Yg atas ni plak, masih lagi dari negara yg sama gak...Jepun..
ni kira menyambut saranan che det dulu..pandang ke timur..hehe..
si telinga melengkor dua ni beli dari blog cik liacanteq kita..
ari tu rasanya aina dari blog warisan nenek pon ada gak seketoi camni..
betoi tak aina? (tersedak si aina..)

Yg ni pon Japanese gak..watashi pa-li-ta..hait..
aku tengok pelita ni, cam segak semacam je kan..
ala-ala eksyen gitu..cam body-builder punya posing pon ada gak..hahaha..
pelita ni hasil rembatan dari mr baharin.
tima kaseh daun keladi ya, en. baharin..

Yang ni Hong Kong mali.
bunga dia, mak aii..besorr..penuh pelita tu.
penah gak aku cuba gosok-gosok pelita aladin ni..
korang ingat ada jin ka nak kluar?..biar betikkk...
Ini belian dari blog liacanteq gak..

last, but not the very least, is my favourite...
pelita bunga vcr bentuk teapot, siap with attached underplate lagi..
it can be doubled up as an ashtray.
close up sikit..

cute kan? haha..tuan tanah kedaung yg sangat perasan..

ni depa sumer bagi lintasan hormat kat u ols.

Ni tempat penginapan pelita2 vcr ni .
depa berempat kat atas tu menyewa apartment 2 tingkat..

tapi si abang ni terpaksa berasak2, berhimpit2..
kesian ko..dok je la dulu kat atas lemari tu ye..
mommy tak de tempat nak letakkan ko, selain dari setinggarden ni..hehe

Sekian dulu..lintas langsung dari Sg Buloh.
Jumpa lagi.  Babai..
Wassalam.

Thursday, July 22, 2010

1940s Japanese Kopitiam

Assalamualaikum..

Salam ceria pagi Khamis 22 Julai 2010.
Gigih aku membuat N3 pepagi ni.
Oh ya, my nephew nak fly to Yemen this evening to further studies.
Semoga selamat semuanya, InsyaAllah.

Ari ni nak share ngan kenkawan, 
this kopitiam set..lawo wehh..(at least to my eyes ler)
Masa tu tgh salah satu sesi lawatan ke umah k.fuziah (mamaheritage)..
kalau u ols penah tengok satu N3 dlm blog k.fuzi, 
title something like 'lubuk karun' , you can see,
deretan2 dan susunan2 pinggan, mangkuk, teko, cawan, segala maknenek,
haa...kalau nak mencari dan membelek2 barang2 kat dalam tu,
terbongkok2, tertunduk2, tercongek2 ..hehe..
centu la haku masa ternampak set kopitiam ni..
jauh terperosok kat dalam, tapi mata ku ini nampakk jer..
terus ku capai, dan terus cakap 'kak, tak kira, saya nak yg ni ..'
sebbaik akak nak let go kat saya
sebab suker sgt tengok cawan2 ni..
jom layan tengok piccas ni..

According to k.fuziah, this Japanese kopitiam set ni keluaran
tahun 1940'an.  Kesian, warga emas dah cwn2 ni..hehe..
dah la tu, tak de mak..anak2 yatim piatu nih...
sebbaek i ada teko putih plain, leh jadik surrogate mother..ahaks.

Front view of the cup.
Mau meroyan tengok bunga yg kembang penuh setaman ..
Antara sbb i suka set ni, is because of the labu shape kat bhgn bawah cawan ni..
nampak? Yg berlekuk-lekuk tu..ala-ala cwn RA plak..

back pose..plain but because of the berlekuk tu, still nampak menarik.
nice-looking ears, eh?

vantage country basket nak enterprem gak..(kesian dia..kasik can ler..)

close up of the flowers kat piring..ada cantek kaa...adaaa...

cop mohor kat bottom. Gambor gajah..hehe
typical cop mohor dolu2 untuk japanese set, gambor binatang ni.
i penah nampak cop gambar rabbit, dan ntah apa2 lagi.


Till then, have a good day, people.
Wassalam.